0
Your Cart
0
Your Cart

Yakin diri dengan program I embody me.

Baru-baru ni saya hadir memeriahkan program I Embody Me yang berlangsung di World Trade Centre, Kuala Lumpur.  Bukan sekadar tetamu, tetapi diberi kesempatan oleh penganjur untuk memperkenalkan produk air epal jenama HALAVITA. 

Walaupun program ini pernah diadakan sebelum ini, baru kali ini saya berkesempatan hadir. 

Saya dimaklumkan, program ini akan berlangsung setiap bulan. Ia bermula sejak awal tahun dan akan berjalan sehingga hujung tahun 2023. 

Penganjur, Creative Sevent dan Ministry Of Marketing Asia juga mengesahkan program ini dijalankan di seluruh negara termasuk  di Sabah. 

Sayangi diri. 

I embody me adalah satu program kesedaran terhadap percaya diri dan penerimaan terhadap pelbagai jenis bentuk badan.  Setiap program akan ada panel yang akan bercakap dan berkongsi penglaman tentang masalah kepercayaan diri terhadap bentuk tubuh badan masing-masing.

No body shamming.No cyber bully.

Yakinlah dengan diri anda. 

Ya. Itulah matlamat utama program ini. Jangan ada yang mengkritik bentuk fizikal orang lain. Jika kita ada kekurangan fizikal, jangan jadikan itu kelemahan diri. 

Kita nampak perkara ini macam biasa, tetapi percayalah ada yang menganggap body shamming ni sesuatu yang sukar diterima. Sehingga ada yang mengambil keputusan untuk membunuh diri!

Anda diluar sana yang rasa kurang yakin diri atau mengenali seseorang yang mengalami depresi disebabkan kekurangan diri, boleh hadir ke program I embody me akan datang. 

Saya yakin  inisiatif I Embody Me mampu menyuntik keyakinan diri dan saling respek terhadap sesama sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *